Pelindung (Fius) / Protect Switch

PERLINDUNGAN

  • Perlindungan bermakna memberi jagaan kepada alat–alat pemasangan daripada sebarang bahaya yang disebabkan oleh arus elektrik seperti arus lebih, kebocoran arus ke bumi, litar pintas, kilat dan sebagainya.
  • Di samping perlindungan daripada bahaya kilat, 3 jenis perlindungan yang perlu diadakan: (Perlindungan untuk mengawal pemasangan atau Pemencil, Perlindungan arus lebih (Fius, Pemutus Litar, Geganti), Perlindungan daripada renjatan elektrik).

Pemencil (Isolator)

  • Alat yang boleh memutuskan bekalan pengagihan kepada pengguna dengan membukakan sambungan kabel hidup dan neutral secara serentak.
  • Untuk bekalan 1 fasa – ia menggunakan suis 2 kutub berangkai.
  • Untuk bekalan 3 fasa – ia menggunakan suis 3 kutub berangkai.
  • Tujuan mengadakan pemencil – mengasingkan litar dan seterusnya dapat melindungi pengguna daripada renjatan elektrik yang berterusan jika berlaku kebocoran dan sentuhan renjatan.
  • Biasanya pemencil dipasang pada permulaan litar.
  • Selain itu, pemencil boleh digunakan untuk memutuskan bekalan sebelum kerja – kerja membaiki kerosakan atau membuat pendawaian tambahan.
  • Kadaran pemencil hendaklah dipadankan dengan kadaran arus bekalan dan beban.
  • Yang penting, pemencil mestilah mampu membawa arus beban penuh dan berkeupayaan memutuskan dan menyambungkan bekalan seperti yang diperlukan.

Perlindungan Arus Lebih (Over Current Protection)
  • Alat ini boleh memutuskan litar bekalan dengan sendiri (automatik) apabila berlaku arus lebih (litar pintas dll) daripada yang dihadkan.
  • Alat ini dipasang pada dawai hidup di awal litar iaitu secara bersiri dengan litar bekalan.
  • Tujuan memasang pelindung arus lebih pada sesuatu pemasangan ialah untuk mengelakkan berlakunya kerosakan pada sesuatu alat apabila arus yang melebihi kadaran keupayaan maksimum alat itu mengalir di dalam litar.
  • Di samping itu, ia juga melindungi kabel daripada rosak.
  • Umumnya, pelindung arus lebih terbahagi kepada 3 iaitu: (Fius, Pemutus litar (circuit breaker), Geganti (relay))

JENIS PELINDUNG ARUS LEBIH

Fius

Asasnya ialah dawai pengalir yang akan lebur apabila arus yang mengalir melebihi had keupayaannya.
Terdapat 4 jenis fius: (Fius yang boleh didawai semula, Fius katrij, Fius keupayaan pemutus tinggi dan Fius palam
Rajah 12: Fius separuh tertutup dan fius terdedah
Rajah 13: Fius katrij bentuk keranda dan bentuk bilah pisau