Penyaman Udara / Air-conditioning

Pengenalan Penyaman Udara

1) Anda perlu mengenali penyaman udara yang ada di kediaman anda.
Perkara yang paling asas yang perlu diketahui adalah jenama, jenis
dan jumlah kuasa (capacity) penyaman udara tersebut.

2) Terdapat pelbagai jenama penyaman udara yang biasa digunakan
 seperti Hitachi, Panasonic, York, Acson, Carrier, LG, Topaire, Fujiaire,
Haier dan lain-lain jenama lagi.

3) Terdapat dua jenis penyaman udara yang biasa digunakan iaitu jenis
unit terpisah (split unit type) dan jenis tingkap (window type). Jenis
unit terpisah adalah jenis penyaman udara yang paling popular pada
masa sekarang. Penyaman udara jenis ini terbahagi kepada dua
bahagian iaitu unit dalam (indoor unit) dan unit luar (outdoor unit).

4) Unit dalam penyaman udara jenis ini dipasang dengan pelbagai
kedudukan (position) seperti jenis dinding (wall mounted), jenis
bawah celing (Ceiling exposed), jenis atas celing (ceiling concealed),
jenis di celing (ceiling cassatte) dan jenis lantai (Floor mounted).

5) Jumlah kuasa (capacity) penyaman udara pula boleh diukur 
dengan menggunakan pelbagai unit pengukuran seperti Kuasa 
kuda (Horse Power; Hp) dan British Thermal Unit per hour (Btu/h).
Kuasa kuda dan British Thermal Unit adalah unit pengukuran
yang berlainan tetapi mempunyai kaitan di antaranya.

6) Kuasa kuda (Hp) menunjukan jumlah kuasa yang dihasilkan oleh
motor atau pemampat (compressor) untuk sesuatu penyaman udara
itu contohnya 1 Hp, 1.5 Hp, 2 Hp dan lain-lain lagi.

7) Apabila sesuatu penyaman udara itu berfungsi, ia akan membuang 
sejumlah haba dari dalam bilik atau ruang itu keluar.  Oleh sebab
itu udara bilik menjadi sejuk. Disebabkan kadar jumlah haba yang 
dihasilkan di dalam bilik pada setiap satu jam, oleh itu jumlah kadar 
pembuangan haba juga dikira bagi tempoh setiap satu jam. 

8) Kadar pembuangan haba itu diukur menggunakan ukuran British 
Thermal Unit per hour (Btu/h). Oleh sebab itu bagi penyaman udara 
keluaran biasa, 1 Hp penyaman udara boleh membuang haba 
berjumlah sebanyak 9,000 Btu/h. Terdapat pengeluar telah 
menaiktaraf kecekapan (efficiency) penyaman udaranya  menjadikan
1Hp pemampat  boleh membuang haba sebanyak 10,000 Btu/h. 
Kedua-dua versi ini boleh didapati di dalam pasaran.