Pendawaian / Wiring

JENIS – JENIS PENDAWAIAN

Terdapat 3 jenis pendawaian elektrik iaitu:

  • Pendawaian Permukaan.
  • Pendawaian Terbenam.
  • Pendawaian Pembuluh (conduit) - (i) Pembuluh keluli, bukan keluli dan boleh lentur, (ii) Sesalur, (iii) Salur

Faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan jenis pendawaian adalah:
  • Jenis beban yang hendak dipasang
  • Keadaan tempat pemasangan
  • Kos perbelanjaan
  • Tempoh ketahanan pemasangan
  • Kekemasan dan kecantikan
  • Keadaan sekeliling
  • Tempoh masa menyiapkan
  • Perubahan atau penambahan litar di masa akan datang
  • Jenis voltan bekalan
  • Keselamatan dan kelulusan JBE/TNB/JKR

Pendawaian Permukaan (Surface Wiring)

  • Satu sistem di mana kabel – kabel yang digunakan dalam sesuatu pemasangan dipasang pada permukaan dinding atau siling tanpa sebarang perlindungan tambahan.
  • Kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut kerana terdedah kepada keadaan persekitaran dan kerosakan mekanikal.
Rajah 6: Pendawaian yang bertebat di permukaan
  • Bagi pendawaian permukaan yang dibuat di bangunan batu satu simen, kabel akan diklipkan atas satu bilah papan (wooden batten) yang sebelum ini dipakukan ke dinding atau siling.
  • Jenis klip yang biasa digunakan ialah klip aluminium atau plumbum.
  • Kebaikan sistem ini ialah ia mudah disiapkan dengan perbelanjaan yang murah, pemasangan tambahan juga mudah dilakukan.
  • Biasanya diaplikasikan di rumah kediaman (lama dan sudah tidak digunakan di kawasan perumahan baru untuk tujuan keselamatan).
  • Kelemahan sistem ini ialah ia tidak tahan dengan suhu yang panas dan lembap, tidak cantik dan sistem perlindungan mekanik yang kurang memuaskan.

Pendawaian Terbenam (Embedded or Conceal Wiring)

  • Kabel litar dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori atau beban.
  • Kaedah ini dilakukan dengan membenamkan kabel ke lurah alur di dinding atau siling yang telah disediakan.
  • Pada kebiasaannya ia dibuat semasa peringkat pembinaan bangunan iaitu sebelum kerja penurapan simen (plaster) dijalankan.
  • Kabel tersebut mestilah disusun dengan rapi agar tidak berlaku sebarang kerosakan mekanikal ke atasnya.
  • Kaedah ini cantik dan kemas. Ia tidak menghadapi bahaya mekanikal permukaan dan tahan pada perubahan cuaca, tahan lama.
  • Tetapi sistem ini kelemahan sukar untuk dibaiki apabila berlaku kerosakan dan boleh mendatangkan bahaya semasa memaku dinding yang tersimpan kabel yang tersembunyi.

Pendawaian Pembuluh (conduit or G.I. pipe wiring)

  • Dalam sistem ini, konduit digunakan untuk menyalurkan kabel–kabel.
  • Sistem ini digunakan di tempat yang terdapat bahaya kerosakan mekanik atau kimia, contohnya di kilang–kilang perusahaan, makmal, bengkel, kedai-kedai dan sebagainya.
Rajah 7: Penyesuai dan pembuluh boleh lentur
  • Sistem ini boleh dipasang dipermukaan atau tersembunyi.
  • Beberapa keistimewaan pendawaian sistem ini ialah konduit ini boleh dijadikan pengalir perlindung litar (grounding), mudah diubahsuai untuk tambahan, tahan lama, dapat mengelakkan kebakaran dan kabelnya tidak mudah tercacat.
  • Sistem ini melibatkan perbelanjaan yang tinggi serta mengambil masa yang lama untuk disiapkan.
  • Bentuknya tidak kemas jika dipasang pada permukaan.
  • Untuk pembuluh boleh lentur (logam) yang boleh dibentuk mengikut kehendak pemasangan amat berguna terutamanya untuk sambungan bagi penghujung beban yang bergerak
  • atau di tempat – tempat yang bebannya selalu diubahsuai.
  • Sesalur – Sistem pendawaian ini menggunakan sesalurlogam atau bahan penebat yang pada kebiasaanya bersegi empat dan dipasang secara menegak atau mendatar di permukaan dinding atau besi rangka bangunan.
  • Kabel dimuatkan dalam sesalur dan biasanya bersaiz besar serta bilangan yang banyak.
Rajah 8: Palang bas sesalur atas 

Rajah 9: Sistem pendawaian palang bas sesalur atas
  • Salur – dibuat daripada logam yang berbentuk segi empat bujur memanjang tanpa penutup.
  • Lazimnya, salur ini tersembunyi di bawah lantai yang biasa disebut salur bawah lantai.
  • Jika dilihat dari atas, sistem ini dipasang seperti sistem grid dalam sesebuah bangunan.
  • Kesemua kotak simpang berada pada selekoh bengkokan 90 darjah.
  • Sistem ini amat sesuai digunakan di pejabat kerana alatan dan perkakas sering diubah – ubah kedudukannya.
Rajah 10: Sistem pendawaian salur bawah tanah