JENIS – JENIS PENDAWAIAN
Terdapat 3 jenis pendawaian elektrik iaitu:
- Pendawaian Permukaan.
- Pendawaian Terbenam.
- Pendawaian Pembuluh (conduit) - (i) Pembuluh keluli, bukan keluli dan boleh lentur, (ii) Sesalur, (iii) Salur
Faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan jenis pendawaian adalah:
- Jenis beban yang hendak dipasang
- Keadaan tempat pemasangan
- Kos perbelanjaan
- Tempoh ketahanan pemasangan
- Kekemasan dan kecantikan
- Keadaan sekeliling
- Tempoh masa menyiapkan
- Perubahan atau penambahan litar di masa akan datang
- Jenis voltan bekalan
- Keselamatan dan kelulusan JBE/TNB/JKR
Pendawaian Permukaan (Surface Wiring)
- Satu sistem di mana kabel – kabel yang digunakan dalam sesuatu pemasangan dipasang pada permukaan dinding atau siling tanpa sebarang perlindungan tambahan.
- Kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut kerana terdedah kepada keadaan persekitaran dan kerosakan mekanikal.
Rajah 6: Pendawaian yang bertebat di permukaan
- Bagi pendawaian permukaan yang dibuat di bangunan batu satu simen, kabel akan diklipkan atas satu bilah papan (wooden batten) yang sebelum ini dipakukan ke dinding atau siling.
- Jenis klip yang biasa digunakan ialah klip aluminium atau plumbum.
- Kebaikan sistem ini ialah ia mudah disiapkan dengan perbelanjaan yang murah, pemasangan tambahan juga mudah dilakukan.
- Biasanya diaplikasikan di rumah kediaman (lama dan sudah tidak digunakan di kawasan perumahan baru untuk tujuan keselamatan).
- Kelemahan sistem ini ialah ia tidak tahan dengan suhu yang panas dan lembap, tidak cantik dan sistem perlindungan mekanik yang kurang memuaskan.
Pendawaian Terbenam (Embedded or Conceal Wiring)
- Kabel litar dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori atau beban.
- Kaedah ini dilakukan dengan membenamkan kabel ke lurah alur di dinding atau siling yang telah disediakan.
- Pada kebiasaannya ia dibuat semasa peringkat pembinaan bangunan iaitu sebelum kerja penurapan simen (plaster) dijalankan.
- Kabel tersebut mestilah disusun dengan rapi agar tidak berlaku sebarang kerosakan mekanikal ke atasnya.
- Kaedah ini cantik dan kemas. Ia tidak menghadapi bahaya mekanikal permukaan dan tahan pada perubahan cuaca, tahan lama.
- Tetapi sistem ini kelemahan sukar untuk dibaiki apabila berlaku kerosakan dan boleh mendatangkan bahaya semasa memaku dinding yang tersimpan kabel yang tersembunyi.
Pendawaian Pembuluh (conduit or G.I. pipe wiring)
- Dalam sistem ini, konduit digunakan untuk menyalurkan kabel–kabel.
- Sistem ini digunakan di tempat yang terdapat bahaya kerosakan mekanik atau kimia, contohnya di kilang–kilang perusahaan, makmal, bengkel, kedai-kedai dan sebagainya.
Rajah 7: Penyesuai dan pembuluh boleh lentur
- Sistem ini boleh dipasang dipermukaan atau tersembunyi.
- Beberapa keistimewaan pendawaian sistem ini ialah konduit ini boleh dijadikan pengalir perlindung litar (grounding), mudah diubahsuai untuk tambahan, tahan lama, dapat mengelakkan kebakaran dan kabelnya tidak mudah tercacat.
- Sistem ini melibatkan perbelanjaan yang tinggi serta mengambil masa yang lama untuk disiapkan.
- Bentuknya tidak kemas jika dipasang pada permukaan.
- Untuk pembuluh boleh lentur (logam) yang boleh dibentuk mengikut kehendak pemasangan amat berguna terutamanya untuk sambungan bagi penghujung beban yang bergerak
- atau di tempat – tempat yang bebannya selalu diubahsuai.
- Sesalur – Sistem pendawaian ini menggunakan sesalurlogam atau bahan penebat yang pada kebiasaanya bersegi empat dan dipasang secara menegak atau mendatar di permukaan dinding atau besi rangka bangunan.
- Kabel dimuatkan dalam sesalur dan biasanya bersaiz besar serta bilangan yang banyak.
Rajah 8: Palang bas sesalur atas
Rajah 9: Sistem pendawaian palang bas sesalur atas
- Salur – dibuat daripada logam yang berbentuk segi empat bujur memanjang tanpa penutup.
- Lazimnya, salur ini tersembunyi di bawah lantai yang biasa disebut salur bawah lantai.
- Jika dilihat dari atas, sistem ini dipasang seperti sistem grid dalam sesebuah bangunan.
- Kesemua kotak simpang berada pada selekoh bengkokan 90 darjah.
- Sistem ini amat sesuai digunakan di pejabat kerana alatan dan perkakas sering diubah – ubah kedudukannya.
Rajah 10: Sistem pendawaian salur bawah tanah